INFO: DEMAM KUNING ATAU JAUNDIS PADA BAYI

Fakta yang ibu ayah perlu tahu berkaitan JAUNDIS

💞Jaundis adalah warna kekuningan pada kulit disebabkan peningkatan bacaan bilirubin dalam darah

💞50% daripada bayi alami jaundis pada minggu pertama selepas lahir

💞Bilirubin adalah pigmen yang terhasil daripada pemecahan sel darah merah. Kemudian diproses dalam hati sebelum dikeluarkan melalui najis

💢Bacaan jaundis dikira tinggi dan bahaya apabila :

- bacaan bilirubin >340 di hospital
atau
-bacaan bilirubin >20 di klinik

Jaundis yang dibiar tanpa rawatan dan bacaan jaundis terlalu tinggi akan menyebabkan kerosakan pada saraf otak bayi dan kehilangan deria pendengaran bayi

Bayi mula kuning bermula dari muka kemudian turun ke bahagian dada, perut dan kaki.

Jaundis beransur sembuh apabila kuning hilang dari kaki ke dada. Kuning masih ada di muka dan mata sebelum beransur hilang sepenuhnya

cara atasi jaundis kena kasi baby berak selalu. kasi susu badan. kena kejutkan baby yang tido.

Boleh sapu trub untuk bagi anak berak



Comments

Popular posts from this blog

SET RUAM GATAL DAN ECZEMA

INFO: SELESEMA DAN BABY