INFO: DEMAM KUNING ATAU JAUNDIS PADA BAYI

Fakta yang ibu ayah perlu tahu berkaitan JAUNDIS

💞Jaundis adalah warna kekuningan pada kulit disebabkan peningkatan bacaan bilirubin dalam darah

💞50% daripada bayi alami jaundis pada minggu pertama selepas lahir

💞Bilirubin adalah pigmen yang terhasil daripada pemecahan sel darah merah. Kemudian diproses dalam hati sebelum dikeluarkan melalui najis

💢Bacaan jaundis dikira tinggi dan bahaya apabila :

- bacaan bilirubin >340 di hospital
atau
-bacaan bilirubin >20 di klinik

✅Jaundis yang dibiar tanpa rawatan dan bacaan jaundis terlalu tinggi akan menyebabkan kerosakan pada saraf otak bayi dan kehilangan deria pendengaran bayi

✅Bayi mula kuning bermula dari muka kemudian turun ke bahagian dada, perut dan kaki.

✅Jaundis beransur sembuh apabila kuning hilang dari kaki ke dada. Kuning masih ada di muka dan mata sebelum beransur hilang sepenuhnya

✅ cara atasi jaundis kena kasi baby berak selalu. kasi susu badan. kena kejutkan baby yang tido.

✅ Boleh sapu trub untuk bagi anak berak



Comments

Popular posts from this blog

BIJIRIN OAT

BUBUR KASAR SEGERA UNTUK 8 BULAN KEATAS